Maklumat Setempat

MAKLUMAT NADI

WhatsApp Image 2023-11-08 at 8.36.33 AM

Selamat datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Tagasan Tani, Semporna merupakan inisiatif kerajaan iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar, untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional  menyediakan latihan dan perisian komputer. Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

Maka dengan itu,  Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Tagasan Tani ditubuhkan pada tahun ini (2017) untuk memberi kemudahan perkhidmatan dan penggunaan internet kepada masyarakat setempat.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN:

 
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg.Tagasan Tani menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

 

    • Pengenalan asas komputer
    • Asas internet
    • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
    • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
    • Latihan keusahawanan

 

 JUMLAH KEAHLIAN:

 

Pusat Eokonomi Digital Kg.Tagasan Tani telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2017. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Eokonomi Digital bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

 

 AHLI PADA 2017

57

 AHLI PADA 2018

562

 AHLI PADA 2019

176

 AHLI PADA 2020

49

AHLI PADA 2021

2

AHLI PADA 2022

74

AHLI PADA 2023

50

 JUMLAH AHLI KESELURUHAN

973

 

 

 KENALI PETUGAS PUSAT INTERNET:

 

Untuk menjadi petugas PEDi Kg. Tagasan Tani, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 

PENGURUS 

 Nama : Norisah Binti Motar

Mula berkhidmat : 1 November 2023

No. Telefon : 014- 8543580

 

 

PENOLONG PENGURUS 

20200922124650 1570 bqVse7vzZm0gT2Z65ofA thumb

 

Nama : Mohd Ghazali Bin Amir Hussein

Mula berkhidmat : 1 November 2017

No Telefon : 013-8846405