mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x AWARENESS – PENGASUHAN DIGTAL 2026

Tarikh : 21 Januari 2026

Lokasi : NADI Kampung Tagasan Tani

Kehadiran : Terbuka

Tujuan

Program NADI x AWARENESS: Taklimat Pengasuhan Digital dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap kepentingan pengasuhan digital yang selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam era teknologi moden. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang cabaran penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, di samping membimbing ibu bapa dalam memantau, mengawal serta membentuk tingkah laku digital yang positif di rumah.

Aktiviti

Program ini dilaksanakan secara atas talian melalui platform digital dan merangkumi beberapa pengisian utama seperti sesi taklimat interaktif mengenai keselamatan siber, kawalan penggunaan gajet, pencegahan buli siber serta pengurusan kandungan digital yang sesuai mengikut peringkat umur. Selain itu, sesi soal jawab secara langsung turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman dan mendapatkan panduan praktikal daripada penceramah. Aktiviti sokongan seperti kuiz kesedaran digital dan perkongsian infografik turut dilaksanakan bagi mengukuhkan kefahaman peserta terhadap amalan pengasuhan digital yang berkesan.

Klik di sini