Tarikh : 12 Ogos 2025
Lokasi : Dataran Merin Semporna
Kehadiran : Terbuka
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat melalui Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS), di samping menggalakkan penyertaan komuniti melalui pendaftaran ahli serta memeriahkan majlis pelancaran konvoi anjuran Jabatan Penerangan Daerah Semporna.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) yang disampaikan oleh staff NADI Kluster Semporna, pendaftaran ahli, serta majlis perasmian pelancaran konvoi oleh Jabatan Penerangan Daerah Semporna. Selain itu, turut diadakan Pertandingan Mewarna Poster kanak-kanak sempena program Mini Komuniti Madani dan pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025.