Kisah Kejayaan

Q4 2018 KEUSAHAWANAN – NOR ASDIANAH BINTI KAMARUDDIN

Nama : NOR ASDIANAH BINTI KAMARUDDIN
Umur : 34 tahun
Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Nor Asdianah Bt Kamaruddin merupakan anak sulung daripada 9 orang adik beradik. Beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan bakery semenjak mengikuti kursus-kursus bakeri dianjurkan oleh agensi kerajaan mahupun swasta. Setelah memperolehi serba sedikit pengalaman, beliau mula membuat kek, roti dan biskut dari rumah. Pada awal tahun 2017, beliau mula mengorak langkah membuka kedai menjual bahan-bahan mentah untuk membuat kek, roti dan biskut memandangkan tidak banyak persaingan dalam perniagaan ini, kedai yang diberi nama Hana Baker’s merupakan milikan tunggal yang berstatus bumiputera yang mana pengasasnya adalah daripada anak jati kampung Tagasan tani.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Nor Asdianah memperkenalkan servis dan perkhidmatan melalui appliksi mudah ahli (instargram dan whatsapp) Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli pusat internet, pihak pusat internet memberi tunjuk ajar dengan mempromosikan perkhidmatan beliau secara efeksyen iaitu mengunakan page facebook (Hana Baker’s).