Tarikh : 15 Oktober 2025
Lokasi : NADI Kampung Tagasan Tani
Peserta : 4 Orang
Tujuan
rogram SHIELD: Buli Siber telah dijalankan di NADI Kampung Tagasan dengan penyertaan seramai empat orang peserta daripada kategori umur 12 tahun ke atas. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang bahaya buli siber serta kesannya terhadap individu dan masyarakat. Selain itu, program ini juga mendidik peserta tentang cara melindungi diri daripada ancaman buli siber melalui penggunaan internet yang beretika dan bertanggungjawab.
Aktiviti
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk taklimat interaktif mengenai maksud dan jenis-jenis buli siber, diikuti dengan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada peserta berkongsi pandangan dan pengalaman mereka. Seterusnya, peserta turut menyertai kuiz kesedaran untuk menguji pemahaman mereka tentang isi kandungan taklimat. Program diteruskan dengan tayangan video kesedaran yang memaparkan kesan negatif buli siber dalam kehidupan seharian. Sebagai penutup, semua peserta telah melafazkan ikrar anti buli siber sebagai tanda komitmen untuk menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan prihatin terhadap keselamatan digital